Ujian Rabun Warna Ishihara
Lihat nombor dalam plat titik berwarna dan dapatkan ringkasan saringan awal anda.
Sebelum bermula
Saringan awal pada skrin, bukan diagnosis. Warna PDF, tetapan skrin dan pencahayaan boleh mempengaruhi keputusan. App ini tidak disahkan sebagai ujian klinikal dan tidak sesuai untuk sijil pekerjaan atau kelayakan memandu.
- Offkan sebarang penggunaan filter warna, Night Shift dan mod cahaya biru. Elakkan silau dan gunakan kecerahan yang selesa.
- Pakai cermin mata biasa jika perlu, tanpa kanta berwarna.
- Setiap plat dipaparkan selama kira-kira 6 saat. Taip nombor yang dilihat, atau pilih “Tiada nombor” / “Tidak pasti”. Jangan meneka.
Plat 25 nombor sahaja digunakan dalam ujian ini. Pemeriksaan bersama optometris diperlukan untuk pengesahan.
Apakah nombor yang anda lihat?
Memuatkan plat…
Keputusan saringan Ishihara pada skrin
Jenis dan tahap rabun warna belum disahkan. Saringan ini menumpukan penglihatan merah–hijau. Ia tidak menentukan rabun warna biru–kuning. Jawapan plat 22–25 disertakan untuk semakan optometris, tanpa diagnosis protan/deutan automatik.
Ini perbandingan jawapan dengan rujukan PDF, bukan ambang lulus/gagal klinikal atau pengesahan penglihatan warna normal.
Rekod jawapan untuk dibawa ke kedai
| Plat | Jawapan anda | Rujukan* |
|---|
*Jawapan rujukan bagi penglihatan warna biasa dalam PDF sumber. “Tiada nombor” ialah jawapan rujukan untuk plat 18–21.
IRIS Optometry · Sumber plat: Ishihara_Tests.pdf . Saringan skrin tidak menggantikan pemeriksaan optometris.